Tuesday, April 20, 2010

Terima Kasih..

Assalamualaikum,

Sudin Menulis lagi..Kiriman yang lepas mendapat respon yang begitu hebat kerana begitu banyak kiriman e-mail yang telah saya terima daripada para pembaca sehinggakan tidak terdaya diri untuk membaca kiriman-kiriman kalian..Begitu banyak..

Ada yang meluahkan isi hati dan masalah dan tidak kurang juga yang telah memberikan kata-kata perangsang seperti "Bro!Bes la post x nie.cair leleh gua baca.ni yg gua xsabar nak jd bujang 3 (istilah lu ker?lol).kip ap d'gud work!"..Alhamdulillah andainya ianya mampu merangsang para pembaca untuk merasai apa yang saya rasakan kini..

Tidak kurang juga yang mengkritik penulisan saya, "abg sudin,knp byk sgt error type?citer dah feel tp sbb byk salah eja,potong 5 markah." ..Setelah diteliti, saya akui begitu banyak kesalahan dan ralat ejaan yang berlaku..Seribu kemaafan saya pinta..

Dalam ratusan e-mail yang saya terima dalam 2 hari ini, ada satu kiriman yang begitu menangkap perasaan saya sehingga menggerakkan tubuh saya untuk ke kafe siber lagi sesudah Maghrib tadi dan mengalunkan ayat-ayat di dalam kiriman ini..Ianya merupakan kiriman daripada seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun yang kini hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur..Antara titipan perenggan yang menjadi panahan mata saya ialah:

"bila abg menyayanginya yaitu N,sayangilah dia penuh ilmu islam dan keikhlasan kerana itulah yang akan menjadikan sayang abg kepadanya berkekalan.percayalah kerana jika 2 perkara ni abg tinggalkan,maka tragedi yang menimpa mama dan papa gina akan berulang kepada abg..dan gina doakan ianya dihindari."..Sungguhpun tidak begitu saya fahami apa yang berlaku kepada mama dan papa gadis yang menggelarkan dirinya Gina ini, namun ucapan terima kasih buat Gina atas nasihat tersebut..InsyaAllah kebaikan akan mendampingi pernikahan saya kelak..Amin..

Masa tidak mengizinkan Sudin Menulis dengan lebih panjang..InsyaAllah bila berkesempatan, kiriman sambungan akan menyusuli kelak..Senyumlah dengan penuh keikhlasan kepada sesiapa sahaja kerana ianya merupakan ubat yang paling mujarab dan sedekah yang paling murah namun keberkatannya begitu tinggi..Sudin berundur dahulu..Salam kebahagiaan buat semua..

1 comment:

  1. "Dalam ratusan e-mail yang saya terima dalam 2 hari ini" - dasyat!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete