Thursday, April 29, 2010

Masalah Percintaan

Salam,

Sudin menulis sejenak setelah penat memerah otak memahami penelaahan untuk peperiksaan hujung minggu ini..Betapa kesibukan mencantas kegiatan saya sehari-hari..Dengan peperiksaan yang bakal menjengah membuat saya semakin kaku untuk melayari dunia melalui maya..Kemasukan kiriman-kiriman e-mail juga begitu banyak, sehinggakan terpaksa saya memecahkan amanah dengan memadamkan separuh daripadanya bagi membenarkan akses ke laman saya lancar..Pohon kemaafan kepada semua..Namun, mata terpaut pada satu kiriman yang berunsur puisi yang bilamana dihayati, ianya menceritakan kesedihan seorang individu yang kehilangan cinta..Ya, rintihan seorang lelaki yang telah melayari percintaan dengan bekas kekasihnya hampir menjangkau 5 tahun..Suatu tempoh masa yang agak lama bagi saya..Atas dasar apa, tiadalah dapat saya pastikan..Hatinya yang robek dan jiwanya yang patah jelas sekali dinyatakan di dalam nukilannya hatta kekemasan plot penceritaannya saya lihat agak bertaburan..Namun, seni penyepian di dalam hati mereka yang mencoretkan nukilan sendiri merupakan sesuatu yang indah jua abstrak dan dinilai secara klausa..Puisinya saya lampirkan di sini..

Hidup adakah artinya???
berdiri di tepi karang..
menunggu matahari fajar..
Merah kilaunya..
bermakna dalam..
Ombak mengikis karang..
serpihan air laut berterbangan..
Aku hanya bisa diam..
saat kusadari aku kesepian..
Hanya alam yang menemani..
ku berbicara pada hujan..
Ku bersandar pada pepohonan..
mungkin aku hanya sendirian..
Tak ada malaikat dihatiku..
Mereka sudah pergi jauh..
Jauh dari hidupku..
Semua hanya dunia palsu..
Mengapa??
Mengapa Langit tak mendengar??
saat aku hanya bisa terdiam kesepian..
mengapa tak kau tolong aku yang menderita??
Percuma aku bertanya..
karena kau tak akan menjawab..
Hidup dan matiku juga kau tak pedulikan..
Buat apa aku ada..

Persoalam demi persoalan sememangnya menerjah ke dalam benak fikiran yang menderita di atas impak yang sama sekali tidak dijangka akan menggangu kehidupan sehari-hari..Inilah yang dikatakan lumrah kehidupan dan secara khususnya, risiko percintaan..Dari penceritaan pengirim puisi ini, dipalit segala keindahan alam yang menjadi dinding sandarannya sebelum badai datang melanda tanpa memberi sebarang jawapan..Buat pengertian kalian, lelaki ini merasakan bahawa beliau telah menjalinkan kasih dan mencurahkan sayangnya pada tahap tertinggi kepada gadis yang suatu masa dahulu merupakan pujaan hatinya..Rasa cinta, kasih dan sayang tertera seumur hayat tanpa mempedulikan harga percintaan yang membuatkan dia sendiri lemas akannya..Dan benar kata-katanya pada bait-bait terakhir, untuk apa dia bertanya kerana tiada jawapan bagi persoalan-persoalannya itu..Kerana apa? Kerana dia bertanyakan kepada alam sekeliling dan bukan kepada yang berhak..

Soalan yang diajukan kepada saya ialah apa yang perlu dilakukan untuk menutupi kesedihan sebegini..

Dan dari mata papan kekunci ini, bolehlah saya katakan bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya..Kadangkala bila kita terlalu menyayangi seseorang, kita mungkin akan melupakan mereka yang lebih berhak untuk disayang..Tidak dinafikan bahawa sebagai manusia kita begitu digalakkan untuk berusaha namun sesudah itu, tawakallah menjadi sandaran dan redha merupakan pengubatnya..Mungkin inilah yang telah ditegaskan kepada semua oleh para ilmuan untuk bercinta sesudah perkahwinan..Percintaan itu mungkin boleh dilihat sebagai benih dan seterusnya terpulang kepada kita untuk menyemai benih tersebut sebagaicara..Andainya cara semaian itu mengikut cara yang sebenar, hasilnya tentu akan menggembirakan dan sebaliknya..Buat lelaki tersebut, banyakkan bersabar dan pohonilah hidayahNya..Namun, sambil-sambil itu saya mengesyorkan kepada empunya badan untuk menghayati sebuah puisi oleh seorang pujangga yang saya kagumi, Chairil Anwar yang bertajuk “Doa”,

Tuhanku
Dalam termangu, aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk

Tuhanku
Di pintu Mu aku mengetuk
Aku tak bisa berpaling

Sampai begitu sekali dalamnya mencintai ALLAH..Segala rintihan dicurahkan dengan penuh keikhlasan dari pandangan minda saya yang cuba menghayati..Mengapa tidak kita..Cinta manusia bisa meninggalkan kita di suatu masa kelak namun cinta Hakiki tiada hujungnya..Semoga ianya dapat difahami dan dihayati oleh saudara, juga diri saya dan pembaca yang sudi..

Sudin menulis di lain kali..Salam keikhlasan buat semua..Senyum-senyum selalu..

Wassalam..

3 comments:

  1. cinta...cinta itu indah...:) putus cinta...paling perit dan sukar diucapkan dan dimengertikan dengan kata2...cinta xberbalas/terpendam...penuh dengan pengharapan yang tinggi...itu lah cinta...cinta pada-Nya juga yang tiada penghujungnya...

    ReplyDelete
  2. Cinta kaum Adam pada kaum Hawa = biasa/normal, InshaAllah ke alam perkahwinan
    Cinta kaum Adam pada kaum Adam = tak normal, akhirnya tak berkesudahan

    ReplyDelete
  3. aku perasan puisi tu macam kisah kau sendiri saja..harapnya kau dah jumpa cinta sejati yang kau cari2 selama ini. Belajarlah untuk mencintai wanita yang menjadi suri hidup kau kini. Satu lagi, tulislah dari hati..jangan tulis dari otak saja..kalau tak, cerita kau tu macam masuk bakul angkat sendiri

    ReplyDelete