Sunday, May 2, 2010

Ku butuh Dokter Cinta..

Salam..

Sudin menulis lagi..Dan kali ini dengan hati yang tenang kerana peperiksaan yang telah mengikat kaki dan tangan saya telah pun terungkai..Dengan kata lain, saya kini telah merdeka..Merdeka daripada dibelengu nota-nota pengajian yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah pengajian yang cukup berwibawa..

Sesudah habis kertas terakhir tadi, saya dengan girangnya telah ke Sungai Petani menaiki untuk mengambil tempahan kad undangan yang telah siap dan pulang dengan melepaskan segala dendam..Dendam pada buku-buku yang telah diketepikan sejak beberapa minggu sudah..Dapatlah saya menghabiskan bacaan sebuah buku daripada Dr. Fadzilah Kamsah yang sudah hampir tiga minggu dibeli..Puas dan menggembirakan..Alhamdulillah..

Sesudah itu, saya mencuri sedikit masa dengan membuka kiriman-kiriman e-mail daripada hamba-hamba Allah yang menceritakan masalah mereka dan mengharapkan pandangan saya yang tidaklah seberapa..Tiadalah saya sangka dengan kiriman saya yang lepas, respon-respon sangatlah banyak dan ada yang menghantarkan kiriman dengan menggelarkan saya dengan panggilan Dokter cinta..Hahaha..Percayalah bahawa saya tidaklah layak untuk dipanggil seperti itu..Mungkin selepas 12 Jun nanti, InsyaALLAH..

Dan melalui itulah baru saya ketahui bahawa begitu ramai kaum Adam yang sebenarnya mengalami masalah jiwa disebabkan oleh kaum hawa yang tidak setia..Bukanlah saya ingin merendahkan kaum hawa dalam hal ini kerana kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini adalah untuk saling melengkapi..Dan manusia tetap manusia tidak kiralah lelaki mahupun perempuan..Yang membezakan kita ialah tahap ketakwaan kita..Benar kah begitu..

Jika diistilahkan dalam bahasa pakar psikologi, ianya merupakan "Battle of the sexes" namun dengan pengemudian yang baik dan tertib, InsyaALLAH segalanya akan menjadi seperti yang dirancang..Janganlah ada dendam sesama kita ya..

Sudin terpaksa berhenti di sini kerana seruan Ilah sudha menjemput..Senyum-senyum selalu..Salam..