Friday, April 23, 2010

Hang ni takdak masalah ka?

Assalamualaikum..

Selamat..Selamat..Dan selamat membaca..Sudin menulis kembali menulis dalam masa yang terhad ini kerana Isya' bakal tiba..Seronok jujurnya membaca begitu banyak kiriman e-mail yang memberikan kata-kata perangsang kepada saya dalam menempuhi alam baru yakni alam bujang 3..Lelucuan juga bilamana ada yang mengatakan bahawa alam bujang 3 ini berlainan jika dibandingkan dengan alam bujang 4 kerana alam bujang 3 ini merupakan alam orientasi untuk menempuh alam bujang 2..Hahahaha..Terima kasih buat kalian yang sentiasa peka dan tiada keraguan untuk berkongsi pendapat dan cetusan rasa..

Baru sahaja petang tadi saya berbual-bual dengan seorang teman lama yang secara takdir dipertemukan..Dapat saya katakan bahawa perubahan mendadak begitu jelas kelihatan sehinggakan tiada mampu untuk saya mengecam akan kelibatnya yang berubah secara drastik itu..Dan kesempatan itu saya gunakan untuk melakukan hobi kegemaran saya iaitu mengopi di kedai kopi..

"Sudin, hang ni tenang ja aku tengok dari musim tengkujuh sampai la ke la..Hang ni memang jenis takdak masalah ka?"..Musim tengkujuh ini merujuk kepada istilah kami semasa zaman sekolah dahulu yang membawa maksud sekolah..

Tiada masalah? Masakan boleh jadi begitu..Setiap manusia yang berakal akan menghadapi pelbagai masalah kerana telah disahkan olehNYA bahawa setiap manusia yang disayangiNYA akan diuji dengan ujian-ujian mengikut tahap keimanan seseorang itu..Saya sendiri akui kadangkala ujian yang dilalui begitu berat namun ianya mendekatkan lagi diri saya denganNYA tanpa mengenal erti putus asa mahupun berpatah arang..Malah terasa lebih-lebih disayangi lagi kerana ujian itu tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa andainya kita berjaya menghadapinya dengan penuh keimanan..Tiadalah terniat untuk mengatakan diri sendiri sempurna kerana tiada manusia di zaman ini yang sempurna..Namun, ketenangan akibat kejayaan dalam menghadapi ujian-ujian yang datang menimpa hanya diri mereka yang diuji boleh menilai tahap kejayaannya..Yang penting jangan sekali-kali kita mengeluh..Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, lihat semua perkara yang menyedihkan itu dalam bentuk yang positif..

Pendekatan saya sendiri bilamana menghadapi masalah, ianya akan saya selesaikan dengan senyuman-senyuman semanis dan seikhlas yang termampu kepada sesiapa yang saya temui..Secara psikologinya tidaklah dapat saya untaikan kerana kekurangan ilmu namun ianya berkesan buat saya..Atas sebab itulah, setiap kali Sudin Menulis melabuhkan tirai, maka saranan yang akan saya katakan ialah "senyum"..Jika tidak percaya, kalian bolehlah mencuba untuk beberapa ketika..Kerana lain orang lain rasa..

Malam tadi merupakan malam saya bersedih hati bilamana drama bersiri Korea yang berjudul The Slave Hunter telah tamat siarannya..Drama bersiri setiap hari Rabu dan Khamis menerusi siaran 303 berkesudahan dengan watak utama mati dibunuh demi menyelamatkan nyawa sahabat karibnya..Mengharukan dan itulah yang membuatkan saya bersedih hati..Tidak dapat saya sabari akan tayangan drama bersiri oleh KBS yang akan datang minddu hadapan..Ya, memang saya peminat cerita-cerita Korea selain Tamil kerana penceritaan dan jalan cerita dipenuhi moral-moral kemanusiaan yang sangat bernilai andainya kita sebagai manusia ini berfikir..

Jujurnya, jari-jemari ini ingin menaip lagi kerana tiada merasai kepuasan dalam menulis secara tergesa-gesa ini..Namun seruan Ilahi semakin mendekati..Sudin Menulis berhenti dahulu..Terima kasih pada semua yang memberikan kiriman balas yang positif dan negatif..Senyum-senyum selalu..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment