Sunday, April 18, 2010

Kurusus 2 hari yang membuka mata dan minda..

Assalamualaikum..

Sudin kembali menulis..Sememangnya 10 jari ini begitu gian ingin menari menghasilkan bait-bait ayat untuk diri sendiri..Namun, dasar masa yang begitu menyesakkan dini hari memaksa aku untuk melupakan hasrat diri sendiri yang seolah-olah telah merajuk..Merajuk kerana diabaikan oleh kesibukan tugasan harian aku yang tiada kesudahannya..

Semalam, aku agak tertekan bila mana komputer yang telah berkhidmat untukku selama hampir 6 tahun jatuh sakit..Tidak aku pasti apakah sindrom yang dimiliki oleh komputerku itu namun rasa terkilan menerjah diri kerana segala hasil karyaku yang telah dan sedang dalam proses pembikinan terperangkap di lubuk hati ia..Semoga ianya akan cepat sembuh kerana tiadalah aku memiliki salinan untuk karya-karyaku itu..

Demi menenangkan diri, aku keluar ke kafe siber sejurus sesudah solat Isya' di surau taman perumahan Taman Putra Bertam..

Curahan hujan di luar sejak jam 7 malam tadi mendinginkan suasana di Bertam yang telah hampir 2 minggu kegersangan..Limpahan rezeki olehNYA seolah-olah memberikan restu kepadaku yang baru sahaja selesai menghadiri kursus pernikahan bersama 'tulang rusuk kiriku' yang bakal menjadi suriku di dunia ini dan bidadariku di syurga kelak..Gadis pilihanku ini merupakan gadis Kelantan yang bekerja sebagai seorang pendidik muda, yang kurasakan cukup memahami akan perangaiku..Sejuk kadangkala hati bila mengenang akan kesabarannya yang saban hari semakin mendekati tarikh keramat yang sememangnya akan menghalalkan apa yang diharamkan kepadaku selama ini..12 Jun 2010, akan bakal membuka bab baru dalam kehidupanku yang sudah hampir mencecah 29 tahun hidup di alam bujang 4..Pada tarikh itulah, dengan termeterainya lafaz qabulku dengan bersaksikan 2 warga Mulong akan menjadikan aku hidup di alam bujang 3..Hahaha..

Sungguhpun kursus selama hanya 2 hari membentangkan beberapa topik secara umum dan ringkas sehinggakan beberapa kenalanku yang turut sama berkursus merungut kerana merasakan tidak mendapat sebarang manfaat, namun lain orang lain rasa..Ianya membuka mata aku akan apa yang perlu dipertimbangkan dan dititikberatkan dalam mengemudikan sebuah bahtera perkahwinan seraya menjelaskan lagi kepadaku akan nikmat sebuah perkahwinan..Menjadikan aku semakin tidak sabar untuk bersalaman dengan tok kadi yang dilantik kelak..Beberapa debaran yang kerap bergetaran di dalam jiwaku seolah-olah telah terungkai sedikit demi sedikit..Dan sokongan tidak langsung daripada si dia turut membantu walaupun pada mulanya dia sendiri agak goyah akan keputusan kami untuk melangsungkan pernikahan dalam tempoh terdekat ini..Prolog bab baruku ini agak menepati cetusan idea oleh komposer tempatan, Aidit Alfian (jika aku tidak silap menduga) menerusi bibir Elyana dengan lagu Main Tarik Tali..Lebih setahun kami memendam perasaan menyukai sesama sendiri..Malu mungkin untuk berkata..Hahaha..Comel pula situasi yang kami lalui dahulu bila diingatkan dan perinciannya biarlah menjadi rahsia kenangan kami yang penuh kemanisan..Dan jika mengikut perkiraan kalendar masihi, hanya tinggal 54 hari sahaja lagi sebelum aku bisa digelar SSO (Sudin Suami Orang)..

Bagaimana yang aku maksudkan dengan sokongan tidak langsung itu? Pada mulanya, N (nama dirahsiakan bagi menjaga privasi empunya badan) agak takut dan tidak begitu pasti akan keputusan kami ini, namun sedikit demi sedikit dia mula menunjukkan kesungguhan dan keyakin yang mana bagiku sudah cukup untuk menyemarakkan semangatku dalam memimpinnya bersandarkan sedikit iman, ilmu dan harta yang aku miliki..Dan setulus hatiku, aku bersyukur dan sentiasa mendoakan akan kebahagiaannya di sisiku..

Sakit pula pinggangku menduduki kerusi yang tiada berkusyen ini..Dan jam telahpun menunjukkan waktu 10.13 malam..Aku rasa perlu untuk mengundur diri dahulu demi menggosoki 4 helaian baju kerjaku..Bagi mereka yang telah menembakku dengan pelbagai masalah yang dihadapi, aku harfai akannya dan cuba untuk memberikan satu jawapan yang boleh diguna pakai..Namun aku perlukan sedikit masa demi memastikan jawapanku ini bukanlah kosong semata-mata..Kerana Sudin hanyalah manusia..Kajian perlu aku lakukan kerana sungguhpun masalah kalian tiadalah berkaitan denganku, namun ianya banyak mengajar aku akan kehidupan kalian yang penuh warna-warni..Maka bersabarlah dahulu ya..

Maka dengan ini, Sudin Menulis di lain masa..Salam keberkatan buat semua dan senyum-senyum selalu kerana ianya merupakan sedekah yang ubat perasaan yang paling mudah..

No comments:

Post a Comment